Sunday, November 8, 2009

Erti 'seseorang'

Sabtu lepas, menghadiri jemputan perkahwinan seorang kenalan… dlm hati berharap agar dapat bersua muka dengan seseorang. Ustazah yang lama nak kenal. Tapi nampaknya tidak ada juga rezeki itu..hm.. nombor telefon pun dah hilang tak ketahuan. Berbual dengan Cikgu Zul, oh! isterinya pun cikgu yang mengajar satu sekolah dengan ustazah. Tapi…. Hati ni jd kembang kecut tengok muka si isteri cikgu Zul ni..masam tak senyum pun tak. Tak jadilah nak tanya, rasa mulut ni macam terketip stepler..

Alangkah beruntungnya menjadi orang yang terpilih untuk dihormati, disukai kerana Allah. Bagaimana menjadi orang yang disukai manusia kerana Allah? Adakah bergantung penuh pada hatinya? amalannya? nasibnya?

Berkumpul dalam majlis Usrah bersama sahabat seperjuangan, selalu mengingatkan saya agar kita dipilih oleh Allah agar termasuk di kalangan ‘golongan yang sedikit’. Teringat kenangan sewatu di KUSZA, alangkah seronoknya komuniti waktu itu. Sukarnya untuk mendapatkan kembali masyarakat seperti itu di era perkembanganku sekarang ini. Beruntunglah mereka yang masih dapat bersama dengan kelompok sealiran mereka.

Namun hidup perlu diteruskan dengan hikmah mungkin ini perjuangan yang perlu diperjuangkan untuk mereka yang kehausan atau tidak ketahuan. Bertolak ansur dalam sosialis kehidupan bertukar milik apa yang dimilikki, jika semua orang tahu apa saja yang ada pada kita adalah pinjaman…

Apa yang menjadi ubat adalah ‘seseorang’ yang boleh dijadikan rujukan, panduan, mungkin juga sahabat, teman tentang duniawi dan ukhrawi. Inilah sebahagian pencarian saya mencari ‘seseorang’ Namun dugaan juga dalam usaha mencari seseorang ini heboh sekarang isu tauliah dalam urusan agama. Jika untuk berdakwah perlukan tauliah, lihatlah kesan kepada kemarahan bumi. Saya agak sedih dengan kejayaan percaturan yahudi seperti ini. Bacalah banyak buku sejarah islam berkaitan yahudi dulu hingga kini, kita akan faham mengapa situasi ini berlaku… Moga Allah pertemukan saya dengan ‘seseorang’ dan ‘seseorang’ dan ‘seseorang’. He… tapi bukan…orang-orang.

Tuesday, October 13, 2009

motivasi dlm perang

Setiap org ada cara tersendiri utk menaikkan mood masing2. Jika kita melihat saranan para motivator samada dari tulisan atau audio-visual, pelbagai jenis tips yang disenaraikan cuma kita saja yang perlu memetik suis untuk menggerakkannya.

Akhir ini saya menggunakan idea pelik untuk menaikkan mood saya untuk berfikir dan bekerja. Mgkin bkerja dgn komputer membuat saya lbh byk bercinta dgn desktop berbanding mengadap makhluk bernama insan..

Entah dari mn dtg inspirasi pelik ni, mgkn rahmat dr tuhan, alhamdulillah...

Beberapa hari lepas saya menjiwai peperangan-peperangan sejarah awal islam. Dari Perang Badar-Perang Uhud-Perang Ahzab-Perjanjian Hudaibiyah- Perang fatah.

Saya sedikit mula mengenali watak Panglima Khalid Al-Walid, Panglima Salahuddin Al-Ayyubi.
Kebanyakkannya adalah artikel yang saya ambil dari internet dan dicetak dan disusun dalam fail khas.

Semalam emak mengintip apa yang saya cetak dr komputer, (mgkn agaknya mak terfikir2 apa yg seronok sgt sy mencetak tu). Bila emak membaca perkataan pertama artikel yg dicetak tu..mak terkejut dlm nada bisik "Perang..??!!"

Hmm... apalh agaknya yg mak fikirkan tentang saya, biarlah...

Yang pasti saya teruja dengan daya kreatif para mujahid zaman anbiya' dalam menyusun strategi untuk menghadapi pelbagai situasi. Betapa kita ini pasti mendapat pertolongan Allah jika kita benar2 mentauhidkan Allah.

Setiap kelebihan ada kekurangan, perpaduan satu kumpulan lebih kukuh jika ada smgt jihad/kesatuan. Kemenangn bkn bergantung pada kuantiti. Kekuatan rohani lbh penting namun bkn bermakna kekuatan jasmani tiada peranan.

Huh! terlalu byk nak diungkapkan, belum habis mengaji lg..

Monday, September 28, 2009

Budaya membaca


17 September 2009

Menonton siaran Forum Perdana Ehwal Islam di RTM 1 malam ini membuai rasa seronok, Gandingan mantap antara Pengerusi Dr Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dan ahli-ahli panel Datok Dr Mohd. Fadzilah Kamsah (motivator kegemaran), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady (Intitut Antarabangsa Pemikir dan Tamadun Islam) serta Prof Madya Dr Sharifah Hayaati.

Tajuk yang dibawakan berkaitan dgn budaya membaca (tak ingat pulak tajuk penuhnya, apapun berkisar tentang membacalah) yang dilangsungkan di Perpustakaan Negara.

Dari awal hingga akhir forum saya melihat bahawa pokok pangkal membaca ini walau berapa banyak buku dan ilmu yang dijadikan bahan bacaan, jadikanlah bacaan Al-Qur an sebagai pegangan asalnya, Ketiga-tiga panel menyebutkan perkara yang sama. Ini menunjukkan betapa beruntungnya kita sebagai umat islam memilikki satu sumber ilmu yang unggul daripada Al-Qur an. Dr Uthman menyarankan kita membaca buku-buku biografi sejarah orang islam. Saya teringat akan azam saya di awal tahun 2009 untuk membeli buku biografi kejayaan. Setakat ini saya masih belum dapat membeli sebaliknya meminjam dan membaca bahan dari Perpustakaan Desa kecuali beberapa majalah intelek yang memaparkan koleksi kejayaan usahawan.

Saya tertarik dgn kisah Dr Uthman menceritakan perjalanan beliau dari Kelantan ke Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk mencari sebuah buku …. Iqbal, seorang pemikir islam. Saya juga menanam impian untuk mendapat biografi seorang pejuang islam yang hebat dengan strategi peperangannya di era selepas kewafatan nabi, cuba anda teka…..

Saya pernah terbaca sinopsis terbitan PTS, mmm bila agaknya akan sampai.

DMFK memberi info baru, umur 7 hingga 14 tahun adalah peringkat kritikal. Kenapa? Umur ini adalah peringkat mendidik bila dipaksa dan mereka merasa terpaksa untuk membaca maka selepas tempoh waktu sekolah mereka sukar ada minat utnuk membaca. Akan tetapi jika berjaya di pupuk pada peringkat ini, insya allah dengan sendirinya mereka akan mengamalkan budaya membaca ini sampai bila-bila dan dimana-mana.

Prof Madya ada mengkritik tentang orang yg suka beralasan tidak boleh membaca ketika di dalam kenderaan/dalam perjalanan dengan alasan pening kepala. Syukur alhamdulillah saya tiada masalah itu, namun memang banyak saya mendengar orang sekeliling menghadapinya, OK! Adakah bila sampai ke destinasi mereka akan terus membaca untuk menggantikan masa yang terbuang sepanjang perjalanan? He… anda tahu jawapannya.

Biasanya Forum Perdana tiada sebarang ekspressi riang ria ketika menontonnya kecuali rasa kadangkala biasa2 aje, kadangkala tersentuh, tapi kali ini dek kerana tercuit dgn keletah Dr Ridhuan Tee dan DMFK saling mengusik, buat saya ketawa sendiri. Apapun intipatinya amat berguna buat diri saya dan juga para penonton Forum Perdana Ehwal Islam amnya.

Buku lagi..


Dalam beberapa buku yang saya baca sepanjang tahun ini, buku inilah yang paling lama untuk dibaca (hampir dua bulan). Wallahu a’lam pula di bulan Oktober, November dan Disember nanti, jangan ada yang beku setahun, sudah…

Tajuk : 7 Formula Individu Cemerlang

Tulisan : Dr Danial Zainal Abidin

Terbitan : PTS

Apa yang saya nak kongsikan dari buku ini bukan sinopsis tetapi ada yang menarik di helaian 220 dalam sub tajuk: Panglima Khalid Strategis Agung;

……... Apabila kita amati stail perjuangan Panglima Khalid, kita dapati disamping iman, taqwa, berwawasan dan berstrategi yang dimilikki, cara fikir dan sikap beliau dalam banyak hal menjadi penentu kemenangan umat islam. Anatara cara fikir dan sikap itu adalah :

  1. Kemenangan bermula dalam minda sendiri.
  2. Kemenangan tidak terletak pada jumlah, tetapi pada keyakinan dan sikap.
  3. Belum cuba belum kalah.
  4. Berundur untuk menang adalah lebih baik daripada menang kemudian kalah.
  5. Kita yang perlu mengukir sejarah. Biarkan orang lain yang bercakap berkenaan sejarah itu.
  6. Kesempatan jangan dinanti, tetapi dicipta.
  7. Kemenangn awal adalah pembuka pintu bagi kemenangan-kemenagna lain.
  8. Jika kita tidak menang, orang lain akan menang. Lebih baik kita yang menang.
  9. Kemangan adalayh hasil. Yang perlu diutamakan adalah proses bagi mencapai hasil.

Ini adalah prinsip yang dipegang oleh Panglima Khalid dan menyusun rancangan peperangannya hingga cemerlang dalam perjuangannya di bumi Iraq, Syria dan Mesir. Selain Panglima Khalid, tokoh lain yang hebat adalah Panglima Salahuddin Al-Ayyubi dalam Peristiwa perang Salib di Palestin.

Apa yang boleh kita ambil iktibar dan diaplikasikan adalah merujuk kepada kreativiti mereka dalam berfikir untuk menghasilkan sesuatu

Thursday, September 10, 2009

10 mlm akhir






Salam Ramadhan Karim...


Dalam diam-diam sudah masuk ke 10 hari akhir Ramadhan 1430H. Mlm td mlm 21.... mmm tertinggal satu malam dek lena tidur di bawah putaran kipas.





Saya seperti orang lain berazam untuk mencari membina yang lebih baik di bulan ini, tapi entah kenapa rasa macam sama aje prestasinya di tahun-tahun lepas. Ada sembilan hari lagi untuk menguliti Ramadhan...





Esok ada program Tadarus di kampung, mak merancang membuat bubur lambuk sbg ole-ole, sedang saya memenuhi program 'Halaqah' nun di Batu Pahat. hmm... rasa bersalah juga meninggalkan emak membuat persiapan sendiri. Tapi mak dah diberitahu lebih awal tentang schedule saya, kalau lah aku ada kuasa 'Bio-nik', saya mesti tak menghampakan dua pihak.





Disamping sepuluh hari yang akhir ini orang mula sibuk dengan kuih-muih dan persiapan raya, saya pun tak ketinggalan cuma berharap ibadat tetap menjadi keutamaan. Harapnya zaman moden ini akan lebih memudahkan semua urusan dunia supaya dapat meluang masa yang sempurna untuk urusan akhirat.

Monday, September 7, 2009

Hari Jadi..

Setelah 32 tahun berlalu, lahirnya seorang bayi comel di Ramadhan lewat di penghujung untuk bergantian Syawal..kini dia bertemu kembali suasana itu....

Itulah aku...
itulah saya 'Fasiha'.

Khamis malam keliwon, menantikan waktu berbuka.. saya duduk semeja dengan mak...siti. bukan keluarga aku sendiri? o... saya suka banyak keluarga. Tahun ini meraikan harijadi bersama keluarga Mak Siti berbetulan dengan hari lahir anaknya yng jatuh pada hari yang sama mengikut tahun Hijri sedang saya tahun Masihi.

Tidaklah semeriah mana dengan tiupan lilin, nyanyian lagu hari jadi tapi lebih indah dengan upacara berbuka puasa dimulakan dengan doa dan iringan merdu azan di masjid bersebelahan.
Keesokkan harinya bertolak ke rumah Mak Pok 'mengewangi' untuk 'munjung'.... meskipun menjadi tenaga kerja tambahan tapi seronok dengan pengalaman baru menyediakan bahan bagi munjung sekampung manakan tidak separuh penduduk kg adalah saudara sedarah.

Petangnya bertolak pula ke rumah adik di muo untuk menymbang khidmat mambantu adik yang berpindah ke rumah baru. Tahniah kak Ude! rezeki rumah besar dan cantik tapi.....penat le turun naik tangga....

Sunday, August 23, 2009

Selamat Berpuasa


Hari ini 3 Ramadhan....
Dah hari ketiga, selamat berpuasa buat semua pembaca fasiview.

Mgkin kerana bukan amalan harian, mm...puasa di hari pertama terasa macam zaman kanak-kanak. hee...

Hari pertama tadarus, membaca Qur an selayaknya macam biasa dibaca. Bukanlah kata nak berlawan atau bertanding dlm bertadarus, tapi bila emak dan kak Uda dah mendahului jauh ke depan, saya jadi tercabar. Mula menukar melodi supaya dapat mengejar target pembacaan. Saya teringat ada satu koleksi Quran yang dah lama tidak disentuh. Qur an ini istimewa kerana berkulit keemasan yang dibeli semasa belajar di KUSZA dulu. Qur an inilah yg telah menemani saya sepanjang umur 20-an. Hinggalah saya bertukar kepada Qur an sumbangan 'Nur', saya terus berdampingan dengan Qur an berkulit hijau ini pula. Dan beberapa hari kelmarin puas saya mencari di segenap sudut rumah dimana letaknya Qur an mini berkulit keemasan itu. Terasa rindu yg amat. Akhirnya berjaya juga ditemui, dirasakan seolah2 puas dan buat saya gembira.

Dan malam tadi, saya tidak ke surau kampung, hanya terawih bersendirian dan menyambung bacaan tadarus kemudiannya. Membaca diwatu awal pagi tidak sepeti di siang hari. Mgkin kerana malam itu lbh sunyi dan tenang.

Marilah kita sama-sama bertadarus utk memunafaatkan bulan yg satu ini dan mudah melembutkan hati utk diteruskan ke bulan-bulan seterusnya.